Monday 28 September 2015

PENGENALAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pengenalan..

-Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

-Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

-Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.


FAKTOR-FACTOR PENUBUHAN MALAYSIA


Faktor-Faktor Penubuhan malaysia


FAKTOR-FACTOR PENUBUHAN MALAYSIA


  • Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis
  • Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
  • Perkongsian Faedah Ekonomi
  • Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
  • Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera


MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

-Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party – PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew mengalami kemerosotan.  Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai 1961.
-PAP juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telah berpecah dan membentuk Barisan Sosialis.
-Wilayah Persekutuan Tanah Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana hubungan baiknya dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas.


MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

-Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia,  Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan.  Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua tahun.
-Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini
-Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaran ideologi komunis.
-Ini kerana sekiranya  kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat, pihak British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang.


PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

-Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan.  Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi.
-Ini bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu oleh Tanah Melayu, Singapura dan Brunei.


MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK

-Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa asing.  Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.
-Masyarakat peribumi dan bumiputera akan mendapat layanan istimewa dalam perlembagaan malaysia.


MENJAGA HAK DAN KEPENTINGAN KAUM BUMIPUTERA

-Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera.
-Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu.
-Pencantuman sabah dan Sarawak akan menambahkan bilangan penduduk orang melayu dan bumiputera.


                    

REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA



REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA


SABAH

-Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir beberapa buah parti politik .
Parti politik pertama di Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan -Kebangsaan Sabah Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens. Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
-Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization – USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea penubuhan malaysia.




SARAWAK

-Parti Negara Sarawak (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabungan ini.  SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui.  Manakal SNAP diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan.
-Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan tersebut.


BRUNEI

-Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin dan rakyat Brunei menyokong dan berminat untuk menyertai gabungan pembentukan Malaysia ini.  Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.
-Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan.  Ini kerana A.M. Azahari berpendapat, pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di asia tenggara.



SINGAPURA

-Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. Parti Tindakan Rakyat (People Action Party)PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri.  
-Sementara parti-parti lain seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk dilaksanakan.  Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia kerana berpendapat ia merupakan salah satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

REAKSI INDONESIA DAN FILIPINA


REAKSI NEGARA ASEAN – INDONESIA DAN FILIPINA


INDONESIA

-Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia tidak akan menghalang penubuhan ini sebaliknya mendoakan supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam rancangannya.
-Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama apabila Indonesia telah menentang keras dan mengecam pembentukan ini.
-Pada 20 Januari 1963, Indonesia telah menyuarakan tentangan dan mengumumkan konfrontasi dengan melaungkan slogan ‘Ganyang Malaysia’.
-Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan dengan rasmi penentangan kerajaan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.

-Faktor-faktor penentangan:

  • Sukarno berasa Tunku Abdul Rahman membelakangi jirannya apabila membuat pengumuman tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
  • Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya (Melayu Raya).
  • Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan tempatnya diganti oleh Jeneral Suharto.
           


FILIPINA

-Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah.  Mereka juga pernah menuntut Sabah daripada Kerajaan British dengan menghantar sepucuk surat rasmi pada 22 Jun 1962.
-Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan ini semasa kongres Filipina pada 28 Januari 1963.  Fenomena ini menyebabkan hubungan diplomatik antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas. 
-Tuntutan ini gagal keran tinjauan dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukan Malaysia.

    

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA




PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
  • Suruhanjaya Cobbold
  • Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Referendum Singapura

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (JPPM)


-Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura.
-Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan daripada Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerangan ini telah mengurangkan salah faham tentang penubuhan Malaysia.
-Hasilnya,JPPM ditubuhkan dan dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya.

Fungsi-fungsi JPPM ialah:
-Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai. 
-Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit.





SURUHANJAYA COBBOLD

-Ditubuhkan pada  bulan November 1961 setelah rundingan di antara  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish.  Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16 Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya.

-Suruhanjaya ini dianggotai oleh:
Lord Cobbold (Bekas gabenor Bank England)
Anthony Abell dan David Waterson (Wakil kerajaan British)
 Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu)

-Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk:
-Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia.
-Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan ---berakhir pada bulan April 1962.  Dalam tempoh suruhanjaya telah:
  • Mengadakan 50 perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.
  • Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan.
  • Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka.





JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

-Jawatankuasa antara kerajaan)JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan.  JAK dianggotai oleh:
  • Lord Landsdowne (Pengerusi)
  • Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)
  • Wakil-wakil kerajaan British
  • Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.
-Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM.

-Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah:
  • Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
  • Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam persekutuan.
  • Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat.
  • Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
  • Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.


                  

REFERENDUM SINGAPURA

-Dibuat untuk meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia.  
-Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu:
  •  Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961.
  • Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu.
  • Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah-wilayah Borneo dengan menyertai gabungan ini.

-Selepas referendum ini selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.  Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.



PEMISAHAN SINGAPURA



SINGAPURA

-Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura.
- Pada 23 Ogos 1961, satu mesyuarat telah diadakan di antara Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.  Dalam mesyuarat ini persetujuan telah dicapai berhubung beberapa perkara.  Persetujuan yang  termaktub di dalam Kertas Putih ini menyatakan bahawa:

  1. -Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Persekutuan.
  2. -Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura.
  3. -Jumlah perwakilan Singapura dalam Dewan Rakyat ialah seramai 15 orang.

-Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula retak.  Banyak perselisihan mula timbul.  Antara isu yang menjadi perdebatan hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman.







KESIMPULAN
Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa kemasukan Brunei.   Namun Singapura telah keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965.  penubuhan Malaysia telah memberikan banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak


  • RUJUKAN
  • Arkib Negara Malaysia, 1981. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid IIKuala Lumpur: Percetakan Negara.
  • Means, G. P, 1976. Malaysian PoliticsLondon: Hodder and Stoughton.
  • Mohd. Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963)Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan MalaysiaKuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .
  • Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, 2004.Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Rashid Aman dan Lee Veen, 2006. Ulang Kaji Target Terkini A++ PMR Sejarah KBSM. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.
  • Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie, 2001. Nota Lengkap SejarahMalaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
  • Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
  • _____________________ 2005. Malaysia Kita. Petaling Jaya: International Law Book Services