Monday 28 September 2015

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA




PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
  • Suruhanjaya Cobbold
  • Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Referendum Singapura

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (JPPM)


-Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura.
-Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan daripada Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerangan ini telah mengurangkan salah faham tentang penubuhan Malaysia.
-Hasilnya,JPPM ditubuhkan dan dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya.

Fungsi-fungsi JPPM ialah:
-Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai. 
-Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit.





SURUHANJAYA COBBOLD

-Ditubuhkan pada  bulan November 1961 setelah rundingan di antara  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish.  Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16 Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya.

-Suruhanjaya ini dianggotai oleh:
Lord Cobbold (Bekas gabenor Bank England)
Anthony Abell dan David Waterson (Wakil kerajaan British)
 Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu)

-Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk:
-Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia.
-Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan ---berakhir pada bulan April 1962.  Dalam tempoh suruhanjaya telah:
  • Mengadakan 50 perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.
  • Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan.
  • Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka.





JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

-Jawatankuasa antara kerajaan)JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan.  JAK dianggotai oleh:
  • Lord Landsdowne (Pengerusi)
  • Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)
  • Wakil-wakil kerajaan British
  • Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.
-Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM.

-Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah:
  • Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
  • Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam persekutuan.
  • Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat.
  • Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
  • Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.


                  

REFERENDUM SINGAPURA

-Dibuat untuk meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia.  
-Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu:
  •  Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961.
  • Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu.
  • Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah-wilayah Borneo dengan menyertai gabungan ini.

-Selepas referendum ini selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.  Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.



No comments:

Post a Comment