Monday 28 September 2015

FAKTOR-FACTOR PENUBUHAN MALAYSIA


Faktor-Faktor Penubuhan malaysia


FAKTOR-FACTOR PENUBUHAN MALAYSIA


  • Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis
  • Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
  • Perkongsian Faedah Ekonomi
  • Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
  • Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera


MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

-Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party – PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew mengalami kemerosotan.  Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai 1961.
-PAP juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telah berpecah dan membentuk Barisan Sosialis.
-Wilayah Persekutuan Tanah Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana hubungan baiknya dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas.


MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

-Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia,  Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan.  Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua tahun.
-Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini
-Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaran ideologi komunis.
-Ini kerana sekiranya  kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat, pihak British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang.


PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

-Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan.  Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi.
-Ini bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu oleh Tanah Melayu, Singapura dan Brunei.


MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK

-Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa asing.  Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.
-Masyarakat peribumi dan bumiputera akan mendapat layanan istimewa dalam perlembagaan malaysia.


MENJAGA HAK DAN KEPENTINGAN KAUM BUMIPUTERA

-Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera.
-Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu.
-Pencantuman sabah dan Sarawak akan menambahkan bilangan penduduk orang melayu dan bumiputera.


                    

No comments:

Post a Comment